Wednesday, April 09, 2008

KURIKULUM MASA DEPAN

Kurikulum Pendidikan Negara perlu berorientasikan Kurikulum Masa Depan agar apa yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara mempunyai matlamat yang jelas bagi membentuk generasi masa depan yang lebih baik serta dapat mengelakkan pembaziran kos, tenaga dan sumber, kata seorang sarjana hari ini.
Prof. Saedah Siraj dari Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) berkata, adalah penting bagi penggubal kurikulum pendidikan mengenal pasti perkara besar yang kemungkinan akan berlaku pada masa depan terutamanya yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia.

komputer.net.my


“Analisis serta pemerhatian masa depan secara saintifik perlu dilakukan terhadap arah aliran nasional dan global pada masa depan yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia, sosio-ekonomi, politik, sumber manusia dan sumber tenaga, pertanian serta pertahanan,” katanya dalam buku bertajuk Kurikukum Masa Depan terbitan Universiti Malaya.
Beliau berkata dengan adanya data Kurikulum Masa Depan, ia akan dapat membantu sesebuah institusi atau negara membuat pelbagai persediaan termasuk kewangan, infrastruktur dan sumber manusia untuk mencapai matlamat masing-masing.
Prof. Saedah berkata, kajian Kurikulum Masa Depan boleh dijadikan pengimbang untuk menolak mana-mana dasar ataupun pelaksanaan kurikulum yang boleh merosakkan atau merugikan generasi masa depan dan negara.
Katanya, data daripada kajian itu juga dapat menyediakan satu kurikulum yang berupaya menangani keperluan mendadak dalam masyarakat kini dan masa depan di samping menjadikan generasi muda sekarang sebagai individu berpendidikan serta berpandangan luas untuk kehidupan yang lebih selesa.
Beliau berkata, apabila para perancang dan penggubal kurikulum mempunyai latar belakang Kurikulum Masa Depan, mereka akan dapat merancang konsep kurikulum yang berteraskan kepada budaya bangsa dan negara serta dapat diterima akal dan berakhlak.
“Ini kerana mereka bukan sahaja telah mengetahui dengan mendalam, malahan dapat menganalisis asas-asas falsafah negara, keperluan generasi muda masa kini dan juga penyelesaian permasalahan,” katanya.
Prof. Saedah berkata,dengan menggunakan pendekatan futuristik, termasuk mengenal pasti arah aliran semasa dan membuat jangkaan perubahan pada masa depan, maka para perancang dan penggubal kurikulum tidak akan menghadapi sebarang krisis untuk memilih dasar dan matlamat pendidikan untuk masa depan.
>“Sebaliknya kepincangan pendidikan akan terlihat apabila dasar kurikulum tidak menjangkau jauh ke hadapan menerusi pendekatan futuristik,”tegas beliau.
Dalam buku setebal 200 muka surat itu, Saedah juga menyentuh disiplin pelajar pada masa depan yang menurutnya semakin mencabar ekoran perkembangan sains dan teknologi yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan hiburan yang melalaikan.

komputer.net.my


RELATE LINKS:
Urologists approved medical device for penile enlargement
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT

Tuesday, April 01, 2008

MISI PENDIDIKAN

"PENDIDIKAN MERUPAKAN SATU TUGAS SUCI.MELIBATKAN SOAL MENEBUS MARUAH BANGSA.SOAL KEADILAN.SOAL MEMBERI PELUANG PENDIDIKAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PENDALAMAN. SOAL MENGISI KEMERDEKAAN. SOAL PEMBINAAN INSAN YANG BAIK."

Inilah sesuatu yang ditulis oleh Datuk Haji Omar Mohd.Hashim.
Terlalu banyak yang perlu ditimbang, direnung dan difikirkan tentang PENDIDIKAN.
Untuk lebih mendalami tentang misi pendidikan ini boleh layari laman web berikut Pergi ke laman web ini
Suatu masa dahulu, pelajaran merupakan suatu kemelut sosial bagi masyarakat Melayu.Soal kemunduran orang Melayu dalam pelajaran (begitu juga dalam soal ekonomi dan kekayaan) telah menjadi topik perbincangan pelbagai pihak di dalam media-media elektronik dan bercetak.Sesuatu yang disedari dan sudah menjadi hakikat bahawa pelajaran adalah "anak kunci emas" ke arah kejayaan dan kesejahteraan hidup - nadi yang menjamin kebangkitan dan penyusunan semula masyarakat.



DR. BURHANUDDIN AL-HELMI -Tokoh pendidikan
Banyak usaha yang dijalankan oleh kerajaan (khususnya kerajaan Barisan Nasional)untuk meningkatkan dan meluaskan lagi pelajaran di kalangan orang-orang Melayu dalam persaingan dengan kaum lain.Usaha-usaha ini boleh dilihat dari segi peluang kemasukan belajar di Sekolah Berasrama Penuh(SBP), pusat-pusat pengajian tinggi dan pembiayaan kewangan melalui pemberian biasiswa dan sebagainya.
Cuba baca ini untuk menajamkan minda Pergi ke laman web ini

EduShop Malaysia :: Buy Educational Software Online!

ServerFreak Web Hosting Solutions
Please visit this web KLIK

RELATE LINKS:
Urologists approved medical device for penile enlargement
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
DID YOU KNOW THERE ARE DIFFERENCES IN SIZE BY COUNTRY? ANDROPENIS® CAN MAKE THEM EVEN
MALE AESTHETIC: STRETCHING THE PENIS THROUGH TRACTION
NOT SATISFIED WITH THE SIZE? THE USE OF ANDROPENIS® MAKES A REAL DIFFERENCE
ANDROMEDICAL IN THE MEDIA
NON-SURGICAL PENILE ENLARGEMENT SCIENTIFIC ANSWER TO A HISTORICAL DEMAND
IMPROVED SEXUAL RELATIONS NON SURGICAL PENIS ENLARGEMENT

Internet Millionaires Club
NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Sponsors