Saturday, May 17, 2008

CABARAN REFORMASI PENDIDIKAN

Cabaran reformasi pendidikan peringkat menengah



Sistem pendidikan peringkat menengah kebangsaan menghadapi pelbagai cabaran akibat tiga reformasi.Ianya meliputi aspek kepemimpinan dan pelaksanaan proses pendidikan, kandungan kurikulum dan profesionalisme perguruan. Kita akan mengupas keupayaan sistem pendidikan peringkat menengah mengatasi cabaran yang amat kritikal dalam merealisasikan wawasan pendidikan cemerlang yang berorientasikan perkembangan sejagat.

TIGA reformasi sistem pendidikan peringkat menengah kebangsaan yang mencakupi lanjutan tempoh minimum pendidikan awam dari sembilan kepada 11 tahun, mengubah struktur penilaian kepada ,sistem pensijilan terbuka dan memulakan sistem Sekolah Bestari. Ketiga-tiga reformasi pendidikan ini secara langsung atau tidak, akan mengubah orientasi pengurusan dan pelaksanaan pendidikan, sekali gus memperluaskan dimensi pengetahuan dan kemahiran di kalangan pelajar dan masyarakat. Suatu paradigma baru pendidikan sebagai wadah pembangunan kemanusian yang menyeluruh akan menyusul.
Sebagai permulaan, refomasi dasar yang pertama membabitkan semua 386,677 pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 1998. Semua pelajar tanpa mengira keputusan penilaian yang mereka perolehi akan ditawarkan ke tingkatan empat di sekolah kerajaan, termasuk pelajar yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum. Pelajar yang tidak menguasai semua mata pelajaran akan ditawarkan tempat di sekolah vokasional untuk mengikuti latihan kemahiran. Dalam pada itu, mereka yang tidak cenderung atau kurang yakin mengikuti program akademik adalah juga dipelawa mengikuti kursus vokasional.

No comments:

Internet Millionaires Club
NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Sponsors