Friday, April 03, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN PPD BIL.4/2009

Tarikh: 03 April 2009
Jam: 9.00 pagi
Tempat: Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak, Gerik

Isi-isi penting mesyuarat:
1) Hari Profesional dilaksanakan dengan jayanya. Dari segi penglibatan dan kehadiran guru/ pegawai amatlah menggalakan. Cuma yang tidak pastinya ialah penghayatan tentang profesionalisme.
2) Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) -perlu disemak tentang catatan supaya dikemaskinikan oleh Pembantu Tadbir.
3) Kehilangan harta kerajaan- perlu dipertanggungjawabkan kepada personal yang menghilangkannya.
4) Perpindahan pejabat SK. RPS Orang Asli.
5) Audit ISO - pemantauan akademik
6) Sekolah kluster- SK.Mahkota Sari,Gerik. Perlu penglibatan pegawai-pegawai PPD Hulu Perak untuk menjayakan pencalonan. Hanya satu-satunya sekolah di daerah ini yang dicalonkan.

Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak:
1. Rumusan mesyuarat PPD Kebangsaan (10-13 Mac 2009):
- pegawai PPD digalakkan memakai uniform KRS pada setiap hari Rabu
- setiap daerah perlu ada Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah
- lawatan Menteri Pelajaran ke daerah (dimaklumkan kemudian)
- perlu ada maklumat pelajar yang tercicir dan tidak mendaftar(Unit HEM)
- mewarwarkan transformasi pendidikan -Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) dan Kurikulum Standard Pra-sekolah Kebangsaan (KSPK)
- PPD/ wakil perlu hadir ke majlis/ mesyuarat oleh agensi luar.
- sediakan keperluan latihan/kursus kepada pegawai PPD
- kertas cadangan/ konsep untuk keperluan latihan /kursus perlu dibuat
- pengurusan isu disiplin di sekolah harian -PPD perlu turun padang/ bantu sekolah selesaikan

2. Pesanan Pengarah JPN:
- perjawatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kenaikan pangkat - ada temuduga untuk pemilihan yang tepat.
- jawatan YDP PIBG yang terlalu lama dipegang oleh seseoran perlu dilihat oleh Pengetua/Guru Besar.
- terdapat banyak perkara yang negatif berlaku daripada keadaan ini
- ada kes PIBG mengadakan demonstrasi
- menjawab surat PPD perlu disegerakan - dalam masa 2 hari
- pelaksanaan dasar perlu diberi keutamaan -penempatan guru dan penempatan ke asrama penuh
- kemasukan warga asing ke sekolah- ibu atau bapa perlu ada Kad Pengenalan
- sumbangan kepada sekolah orang Asli oleh Dato Kalimullah - sumbangan buku/ alat bantu mengajar
- Kelab Rakan Muda sekolah
- Majlis Pemuafakatan PIBG -menangani gejala disiplin sekolah
- PIPP - mesyuarat pada bulan April - pelaporan hingga bulan Mac 2009 pelaporan daripada sekolah.
- Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) akan diuruskan oleh PPD, sekolah PTJ
- Aduan - penglibatan guru dalam politik- siasatan perlu dibuat dan direkodkan
- Perancangan aktiviti pendidikan - penghargaan kepada murid cemerlang dalam peperiksaan awam - beri perhatian kepada yang tidak cemerlang kerana ibubapa sakit

No comments:

Sponsors